Pekan Rabu Alor Setar merupakan salah satu tempat yang menjadi singgahan penulis jika ke Alor Setar. Katanya Kompleks beli belah barangan tradisional itu dibuka pada tahun 1900. Penulis merupakan orang kedah dan Kompleks Pekan Rabu sudah biasa dengan penulis. Apa yang pasti, berlaku banyak perubahan dari segi ruang niaga dan juga kosmetiknya. Penulis pernah mengambil borang Mara di kompleks itu dan penulis dengar, pejabat Mara masih lagi beroperasi di bangunan itu.
Berbalik tajuk entri penulis di atas, Pekan Rabu akan dibangunkan sesuai dengan perubahan sekarang. Katanya, Pekan Rabu akan datang akan memberi lebih keselesaan kepada pelancong. Kiranya, tempat parking lebih baik dan selesa. Jika tiba musim perayaan, sudah tentu pekan Rbu sangat meriah. Penulis pernah rasai ini semua. Kepada mereka yang ingin membeli kelengkapan haji, buku-buku agama, dan makanan tradisional bolehlah datang ke Pekan Rabu. Pekan Rabu merupakan satu kebanggan kepada penduduk negeri kedah seperti Pasar Payang di Terengganu dan juga Pasar Siti Khadijah di Kelantan.
Justeru, kita harus sokong pembangunan yang akan dijalankan. Harap nanti, peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati kerana mereka mengatakan sewa tspak gerai semakin mahal sebab sudah jadi komplek yang canggih. Kita tunggu lagi dua tahun, kata Menteri Besar Kedah.
Kenyataan Akhbar mengenai Pekan Rabu akan diroboh.
Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan
diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri
Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Baca seterusnya......
0 Comments:
Post a Comment