Tuesday, 27 August 2013

Guru Besar Diugut Bunuh, Seorang Lelaki Ditahan


Kes kononya sekolah memaksa murid bukan Islam makan di dalam tandas sudah pun selesai. Namun begitu, terdapat seorang lelaki yang masih tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Guru Besar. Lelaki tersebut mengugut untuk melakukan sesuatu dan meminta Guru Besar berhati-hati apabila keluar dari kawasan sekolah. Ini satu ugutan dan tindakan Guru Besar adalah tindakan yang wajar.

Kenyataan akhbar berkenaan tajuk:

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mengugut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di Sungai Buloh berhubung isu penyebaran gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan pada Ramadan lalu.

Difahamkan suspek berusia 33 tahun merupakan bapa kepada seorang murid di sekolah berkenaan dan isterinya disyaki bertanggungjawab merakamkan video kontroversi tersebut untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, suspek yang bekerja sendiri dan menjadi pemandu lori sambilan pernah datang ke SK Seri Pristana untuk mencari guru besar terbabit kerana berang dengan tindakan menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan bagi murid bukan Islam termasuk anaknya.

Beliau berkata, semasa kedatangannya kebetulan guru besar terbabit tiada di sekolah tetapi suspek sempat mengugut dan melemparkan kata-kata cacian terhadapnya di hadapan guru lain.

"Suspek memberi amaran supaya guru besar terbabit berhati-hati selepas ini dan dia mungkin akan mati.
"Suspek juga dipercayai membuat beberapa panggilan ke sekolah dan menghubungi guru besar terbabit membuat ugutan sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online