Kisah yang berlaku di luar negara ini dianggap sebagai gila bagi penduduk di kawasan tersebut. Lelaki tersebut gemar memakai kostum anjing ditahan bukan kerana kostum anjing tersebut tetapi disebabkan kemaruk melakukan hubungan seks dengan kucing. Bagaimana dia kemaruk seks dengan kucing, kita boleh baca dalam kenyataan akhbar ini.
Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar
memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu,
sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan
peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan
Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah
luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz
dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap
individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.
Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya. Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar. Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Moral dalam cerita ini ialah, perangai manusia lebih teruk daripada binatang
0 Comments:
Post a Comment