Kejadian yang berlaku di Taman Reko Kajang ini melibatkan bapa saudara dan anak saudaranya sendiri. Kejadian berlaku di hadapan sebuah kuil di Taman Reko. Kejadian malang ini meyebabkan anak saudaranya mati ditempat kejadian. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan polis.
Kenyataan akhbar mengenai kejadian ini:
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas
lehernya dikelar oleh bapa saudara menggunakan pisau pemotong sayur,
dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Taman Sri Reko, Kajang dekat
sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, K. Yogiswari maut di tempat
kejadian, manakala bapa saudaranya pula ditemui parah dengan kesan
kelaran di leher, dipercayai cuba membunuh diri.
"Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian suspek telah menarik
keluar mangsa yang sedang menolong ibu saudaranya mencuci pinggan di
rumah sebelum suspek bertindak mengelar mangsa di hadapan kuil
berhampiran rumah mereka.
"Tindakan itu pada mulanya cuba dihalang anak suspek namun gagal dan
sejurus kejadian suspek terus bertindak mengelar lehernya sendiri di
dalam sebuah bilik di kuil itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ab Rashid berkata, suspek yang berusia 59 tahun itu dihantar ke
Hospital Serdang untuk dirawat dan polis akan menahannya untuk membantu
siasatan sebaik sahaja dia pulih daripada kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA
1 Comment:
good jobs thank a lot
windows 7 ultimate 64 bit product key || windows 10 enterprise key
Post a Comment