Selama ini kita semua ingat baju, kasut, atau alatan lain sahaja yang tiruan. Namun begitu, dalam suasana hari raya ini, daging rusa pun ditiru juga. Maksudnya, daging rusa tiruan makin menjadi-jadi. Kalau makan daging rusa tiruan, pasti rasa macam daging lembu. Apa pun tak apa, sebab daging lembu pun mahal. Mungkin daging rusa lebih sikit sahaja kerana susah hendak dapat.
Kenyataan akhbar kosmo mengenai daging rusa tiruan.
KUALA NERANG - Sindiket menjual daging rusa tiruan didakwa semakin
berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan kepada para penternak rusa.
Pengusaha Semeliang Agro Farm, Nor Azhar Mohd. Noor, 41, berkata,
sindiket itu dipercayai tidak menjual daging rusa asli, sebaliknya
menjual daging kerbau yang diimport.
Katanya, daging rusa di pasaran tempatan termasuk di negeri ini dijual pada harga RM25 ke atas sekilogram (kg)."Penjual daging rusa palsu ini menggunakan jenama daging rusa
Lenggong sedangkan apabila kita semak di Lenggong, Perak, pengusaha di
situ tidak pernah mengeluarkan daging rusa dalam bentuk paket atau
bungkusan.
"Harga yang dijual pula begitu rendah sedangkan harga pasaran untuk
daging rusa sekurang-kurangnya RM50 bagi 1kg dan hanya dijual di ladang
ternakan," katanya ketika ditemui di Semeliang Agro Farm di sini
baru-baru ini.
Kalau sekilo RM25 baru sama daging lembu. Kepada pembaca sekalian, jika teringin makan daging rusa, carilah ditempat yang sah dan terjamin ketulenanya.
0 Comments:
Post a Comment