Saturday, 27 July 2013

Honda Civic 2.0s Memang 'Berdesup'

Disember 2012
Kali ini penulis ingin menceritakan tentang prestasi kenderaan pula. Berbaloi atau tidak kenderaan yang kita gunakan sebagai pengangkutan utama. Penulis mula membeli kereta Proton Wira Aeroback 1.3 terpakai, menggunakan kereta itu untuk ke tempat kerja selama beberapa tahun. Sungguh seronok memandu kereta tersebut kerana bentuknya yang aerodinamik dan sesuai untuk orang muda. Seterusnya, penulis membeli pula kereta Naza Citra yang sememangya sehingga sekarang masih lagi memberi khidmat baktinya. Kereta Naza Citra 2.0 ini sangat berbaloi penggunaanya untuk jarak jauh. Namun begitu, untuk berulang alik ke tempat kerja, Citra ini terlalu makan minyak. Bayangkan seminggu untuk minyak sahaja, Citra ini boleh makan minyak sehingga RM200. Penulis tidak tahan lagi dengan tahap penggunaan petrol ke atas Citra ini lalu penulis membeli kereta Perodua Viva Elite. Penulis sudah menemui kereta yang sememangnya menjimatkan. Menggunakanya selama 3 tahun menyebabkan penulis berasa satu hari nanti, penulis akan membeli kembali Viva ini kerana Viva asal telah ditolak dan ditukarkan dengan Honda Civic 2.0. Makanya, di sini penulis akan mengulas serba sedikit mengenai prestasi kereta Honda ini. bagi yang biasa membawa Honda sebelum ini, pasti tahu bagaimana rupanya membawa kereta buatan Jepun ini. 
Panel stereng Civic
Di sini penulis memetik sedikit kata-kata wartawan permotoran yang telah mencuba Honda civic 2.0 ini.
Walaupun Honda Civic berenjin 2,000 c.c ini dengan mudah dipandu melebihi 160 kilometer sejam (km/jam), namun secara psikologi, penulis tidak memecut melebihi kelajuan tersebut berikutan meter laju digital yang sentiasa menunjukkan tahap kelajuan kereta yang sedang dipandu.

Dengan menekan mod eko berwarna hijau yang terdapat pada pemuka hadapan, pemandu tidak menyedari bahawa Honda Civic 2.0s yang sedang dipandu bergerak dengan perlahan bagi menjimatkan tenaga.
Gajet-gajet tersebut merupakan antara ciri-ciri yang menambah keseronokan memandu kerana boleh menukar corak pemanduan di samping menjimatkan penggunaan minyak.

Transmisi mod sport yang terdapat pada varian ini juga boleh mengubah corak pemanduan. Sebaik sahaja menukar ke mod sport, semangat penulis untuk memecut laju dapat dirasai berikutan bunyi deruman enjinnya yang kuat seolah-olah sedang memandu kereta sport. Prestasi Honda Civic ini tidak menghampakan kerana cengkamannya di jalan raya agak kukuh dan dengan penuh keyakinan mengambil selekoh tajam pada kelajuan yang sederhana.Baca seterusnya tentang prestasi Honda.

Namun begitu, terdapat satu kes yang menyatakan kelemahan pihak Honda dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh pemilik kenderaan tersebut. Hal ini sedikit sebanyak mejejaskan prestasi Honda selama ini. Kita tahu bahawa, Honda sudah lama menyediakan kenderaan yang diperbaiki prestasinya setiap tahun. Walaubagaimanapun, penulis yang sekarang menggunakan Civic 2.0 menyatakan penggunaanya sangat berbaloi. Minyak menjimatkan walaupun enjin 2.0 tetapi penggunaan minyak menyamai Viva Elite yang berulangalik 100km sehari. Daya pecutanya sama seperti apa yang dilaporkan oleh wartawan di atas. Justeru kepada mereka yang teringin menggunakan Honda , silakan. Anda akan dapat rasakan seolah-olah membawa kereta mewah lain seperti BMW, Mercedes, dan lain-lain waluapun tidak sama perasaanya.

3 Comments:

Unknown said...

saya beli kereta civic 2.0s pada 16.8.2012, kereta raya tahun 2012. memang berbaloi, minyak jimat, nak ganas tukar je ke mod sport, senang. dua tahun pakai kereta ni tak ada masalah, lari 200kmj tak rasa apa apa. tahniah honda.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
yanmaneee said...

yeezy boost 350
nike jordans
golden goose outlet
balenciaga sneakers
off white clothing
coach outlet
adidas superstars
lebron 15
jordan shoes
kobe sneakers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online