Saturday, 27 July 2013

Buka Puasa Di Tengah Hutan


Sedia menerima pengunjung

Adakah anda biasa berbuka puasa dikelilingi hutan dan desiran air sungai mengalir. Nah...penulis pun baru kali pertama dengar orang ramai boelh berbuka puasa di dalam hutan. Kalau kita askar, sudah tentu itu perkara biasa. Namun, berbuka puasa di tengah rimba ini sangat ekslusif kerana terdapat sebuah restoran yang menyediakan bufet Ramadan. 

Sedap Nampaknya
Eco Resort (Riverstone) yang terletak di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. Sejak sembilan tahun lalu, restoran D'River di resort tersebut mengadakan bufet Ramadan. Apa yang menarik tentang resort ini adalah ia dikelilingi hutan dan terletak di tepi sungai yang mengalir jernih. Kedamaian alam itu membuatkan majlis berbuka puasa di resort tersebut amat menenangkan.

Suasana Santai
Terkenal dengan sajian Nasi Ambeng yang enak, D'River pasti tidak menghampakan penggemar hidangan tradisional masyarakat Jawa itu. Baca seterusnya mengenai restoran terletak di tengah hutan. Berdasarkan blog restoran tersebut, pelita minyak tanah digunakan. Mesti seronok.

Jika penulis tinggal berdekatan restoran itu, mahu rasanya mencuba nasi ambeng itu, biarpun katanya digemari orang jawa sahaja, namun sudah komersial dan semua orang boleh merasainya.Untuk mereka yang tinggal berdekatan restoran ini, sila selidiki dulu restoran itu di Eco Resort ( Riverstone ) sebelum menerjahnya.


Sumber: Utusan Malaysia

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online