Pelajar Sebegini Lakukan Seks Songsang?
Hari ini muka surat hadapan akhbar utama negara (baca sini )menyatakan seks songsang dalam kalangan pelajar semakin serius. Kita ingin tahu lebih jelas , pelajar yang dimaksudkan itu dalam kalangan pelajar sekolah, IPT atau bagaimana? Jika kes ini benar-benar berlaku secara serius , maka siapa yang harus dipersalahkan. Penulis melihat kes ini sebagai kesilapan dan kesalahan kita yang terlalu mengejar merit peperiksaan sehingga melupakan nilai-nilai murni dalam diri pelajar tersebut. Kita selalu bertanya pelajar, berapa A yang mereka dapat. Selalunya itulah yang kita kejar tanpa bertanya tentag nilai-nilai yang mereka perolehi. Masyarakat Malaysia juga sibuk mengatakan tentang PPSMI sedangkan pelajaran agama , pendidikan moral tidak pun dicadangkan penambahbaikan. Kita asyik membincangkan tentang penguasaan bahasa Inggeris , Sains dan Matematik. Sehinggakan pelajar hari ini semakin hari semakin benci dengan mata pelajaran tersebut. Sepatutnya NGO yang selalu memperjuangkan sesuatu yang melibatkan pelajar , memperjuangkan tentang bagaimana memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Selain itu, sebagai pendidik mereka harus bertanya, apakah mereka berpuas hati sekiranya pelajar hanya memperoleh 10A atau 21A, tetapi moral mereka sangat teruk. Berbalik kepada Falsafah Pendidikan Negara , pendidik biasanya bermain di mulut mereka melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani , emosi , rohani dan Intelek. Mungkin ada satu lagi yang perlu ada dalam diri pelajar. Justeru, apa yang diperkatakan dalam akhbar harus diselidiki, dinilai, dan diperbaiki demi masa hadapan mereka. Usah lahirkan pelajar yang dapat banyak A , jika mereka tidak mempunyai nilai murni dan moral yang baik.
0 Comments:
Post a Comment