Sunday, 11 March 2012

BEKAS TENTERA DIBANTU


Menteri pertahanan berjanji akan membantu bekas anggota tentera yang tidak menamatkan perkhidmatan wajib mereka selama 21 tahun. Eloklah dilihat semula kebajikan bekas anggota tentera ini. Mereka tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja setelah menamatkan perkhidmatan selama 10 , 13 atau sebelum 21 tahun. Kudrat mereka masih kuat dan kementerian harus membantu mereka mencari kerja yang sesuai. Mungkin mereka tidak lagi berminat berada dalam pasukan keselamatan. Justeru carilah kerja yang sesuai dengan kepakarann mereka. Kasihan melihat bekas anggota tentera yang tidak dapat menyesuaikan diri setelah pencen awal. Tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga ada yang jadi pengemis. Pihak kerjaan sepatutnya membantu golongan ini. Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi , "Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini. Baca seterusnya...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online