Negara akan mengambil masa yang panjang untuk mencapai status negara maju jika rakyat tidak berpegang kepada nilai-nilai murni, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya ingin memberikan sedikit pandangan mengenai perkara ini. Kita sebenarnya sering melihat pendekatan pelajarn hari yang menjurus ke arah Sains dan Teknologi sehinggakan kita lupa untuk menerapkan nilai-nilai ke dalam diri manusia. Jelas dan nyata, kita hanya berteriak mengenai dasar PPSMI dan peratus pelajar menguasai Sains dan Matematik. Adakah ini seimbang dengan mata pelajaran Sastera yang dikatakan jumud dan tidak mendapat faedah langsung. Inilah kesilapan terbesar kita. Nah...hari ini mantan PM sendiri mula sedar dengan keterujaan mendekati sains dan matematik. Percayalah...penerapan nilai-nilai murni terdapat dalam matapelajaran sastera dan bahasa. Kita tidak mahu pakar fizik menghasilkan bom, kerana apa? Tidak belajar nilai-nilai murni. Sepatutnya, perlu diseimbangkan dengan penerapan nilai-nilai daripada mata pelajaran lain, seperti agama, moral dan Sastera sendiri. Sebagai seorang yang rapat dengan pelajar, penulis boleh amati si pelajar ini bila dewasa akan menjadi apa dengan nilai murni yang ada padanya. Jika sekarang asyik melihat Sains dan Matematik tanpa melihat penerapan nilai, nescaya lahirlah genarasi yang buta sejarah dan buta hati. Hanya pandangan. Hendak salahkan siapa? Bagaimana acuan pendidikan kita, begitulah hasil yang kita dapat. Penulis tak langsung rasa hairan dan terkejut dengan kenyataan mantan PM yang kita semua sayangi. Hanya pandangan. Baca kenyataan ini....

0 Comments:
Post a Comment