Ini kes menarik untuk diulas. Penulis rasa hairan dengan guru sekarang ni. Penulis pun cikgu juga dan menghadapi pelbagai ragam manusia dalam satu kelas. Tetapi belum pernah lagi kasut melayang ke muka pelajar. Setakat kapur yang dibaling, itu biasalah kerana cikgu penulis pun biasa buat perkara yang sama. Sebenarnya itulah cabaran menjadi seorang guru. Keadaan emosi dan mental kita kena kuat. Jika tidak tahan menghadapi karenah 45 orang murid dalam satu kelas , penulis rasa tidak perlu orang yang belum menjadi cikgu bercita-cita menjadi cikgu. Seperkara lagi, cikgu yang membaling kasut perlu menilai semula kerjanya selama ini. Penulis tidak menyalahkan guru terbabit, mungkin pada ketika itu, rasa marah yang membuak sehingga dia terlupa yang dibalingnya itu anak orang. Sedangkan anak sendiri pun cikgu tak mampu nak kawal, inikan pula anak orang. Selain itu, zaman sekarang anak-anak tidak boleh lagi diperlakukan seperti dahulu. Jika didenda sedikit, pasti ibu bapa melenting. Makanya, kepada bakal cikgu dan yang ingin jadi cikgu, penulis sarankan berfirilah dahulu kerana penulis rasa hampir 80000 orang memohon untuk jadi cikgu. Untuk kisah cikgu baling selipar lihat sini...
P/s: Murid buat salah, belum tentu datang dan minta maaf kepada cikgu.....biasalah manusia. penerapan nilai murni sukar dihadam. Minta maaf semua....
P/s: Murid buat salah, belum tentu datang dan minta maaf kepada cikgu.....biasalah manusia. penerapan nilai murni sukar dihadam. Minta maaf semua....
0 Comments:
Post a Comment