Entri kali ini ingin melihat isu yang telah selesai dimainkan semula. Saya ambil tulisan ini dari sahabat saya pejuang bahasa Lutfi Ishak. Kiranya , tak habis-habis isu ini diperkatakan.
Belakangan ini, isu bahasa kembali timbul. Akhbar-akhbar Inggeris, misalnya makin melebarkan ruang untuk golongan pro BI menyatakan pandangan mereka. Malah, akhbar-akhbar ini bukan sahaja digunakan untuk menyatakan pandangan mereka yang dangkal, malah, digunakan untuk melabel golongan oposisi. Pencinta bahasa, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan saintis, ilmuwan dan mahasiswa - dilabel dengan pelbagai gelaran. Antaranya ekstremis, pengancam keamanan negara, dan lain-lain lagi. Seolah-olah, pencinta bahasa ini ialah orang fanatik, berfikir dlm tempurung, bodoh sombong, dan kerana mereka tidak bersetuju dengan PPSMI dan dasar pro BI- maka dituduh sebagai individu yang akan menghancurkan masa depan anak bangsa.
Tetapi untuk orang yang membaca dengan teliti, ciri-ciri ekstremis dan fanatik, itu tidak pula dapat ditemui. Sebaliknya, setelah selesai membaca tulisan mereka yang selekeh hjahnya, saya menyimpulkan, ciri-ciri yang dikatakan itu, ada pada diri mereka. Hal ini bagi saya satu berita gembira, satu petanda kita dipihak yang benar, kerana apabila kita berhujah dengan betul, dengan menghadirkan bukti-bukti yang nyata - maka, golongan yang diajak berhujah itu mengembalikan label-label yang liar, saya kira mereka secara tidak langsung telah mendedahkan kebatilan mereka.
Dan saya lebih yakin lagi, akibat mereka fanatik, dan berjuang untuk menegakkan sesuatu yang batil, maka mereka ini akan berlak zalim. Apabila tidak ada hujah yang benar, maka mereka akan menggunakan segala apa yang tersisa, pengaruh, wang, kajian-kajian palsu, hubungan yang baik dengan pemerintah, dan pelbagai cara yang mereka miliki, untuk menyatakan bahawa mereka dipihak yang benar, dan kerana itu, pemerintah perlu mendengar kata-kata mereka. Hal ini dan sikap ini bukan baru. Inilah cara yang digunakan oleh Namrud saat kalah berhujah dengan nabi Ibarahim.
Tetapi, ketika gembira melihat apa yang berlaku, tiba-tiba kita terdengar pihak pemerintah seolah-olah percaya dengan cakap mereka. Seolah-olah mereka itu benar, dan kita ini salah. Seolah-olah, pemerintah ini tidak boleh mengenal antara yang benar dengan yang sihir. Dan pihak pemerintah, seolah-olah kehilangan arah. Terlupa akan janji yang lalu.
Saalnya di sini dalam keadaan yang tidak menyebelahi kita, saar segala ruang ditutup, saat mereka membutakan mata hati dan telinga mereka, apakah lagi ruang yang ada untuk rakyat? Apakah, mereka mahu melihat rakyat turun ke jalanraya lagi?
0 Comments:
Post a Comment