Sunday 26 April 2020

Pendatang Haram China dan India Sama Banyak Dengan Rohingya??




Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

"Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Selain itu, dilaporkan juga wujud kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dab MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

"Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

"Keadaan itu mengakibatkan data apungan sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 2016 sehingga 2018," kata laporan berkenaan.

Semua penemuan itu dibuat dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan persekutuan. ( Sumber Sinar Harian )

Semua 680 warga China yang ditangkap dalam satu serbuan di Cyberjaya selepas terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan atas talian pada 20 November lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang bermula esok.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan kes berkenaan telahpun selesai bagi membolehkan pertuduhan dibuat.

Menurutnya, hasil siasatan tangkapan di Cyberjaya itu menunjukkan tiada penglibatan orang dalam atau pembabitan pegawai imigresen sendiri. Baca seterusnya


Kita melihat hanya pendatang Rohingya sahaja yang memberi masalah kepada negara. Tetapi terlepas pandang dengan pendatang dari China dan India yang menjadi scammer di Cyberjaya. Jika pendatang Rohingya membela lembu, kambing dan ternakakan lain dalam apartment, pendatang China dan India pula duduk dalam kondominium mewah menjual tubuh. Kelihatanya sama sahaja. 

Justeru, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera menghalang daripada pelancong China dan India yang tak kembali ke negara mereka. Adakah mereka membeli Kad Pengenalan dengan sindiket yang ada? Jika begitu, pihak JPN perlu menyemak semula data kelahiran dan juga mengeluarkan identiti kad yang lebih baik dan selamat. 


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online