Tuesday 13 August 2013

MAS Beri Diskaun Tambang Hingga 50 Peratus


Syarikat Penerbangan Malaysia Airline menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada orang ramai. Hal ini sedikit memberi pilihan kepada pengguna untuk memilis syarikat penerbangan yang mereka sukai. Jika hari ini orang ramai memilih AIR ASIA sebagai pilihan tambang murah, makanya selepas ini orang ramai boleh menaiki MAS kerana syarikat ini memberi layanan yang lebih hebat katanya.



Kenyataan ahkbar mengenai MAS beri tambang murah sehingga 50 peratus.

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang promosi sehingga 50 peratus diskaun dalam rangkaiannya bagi tempoh perjalanan 19 Ogos 2013 hingga 31 Mei 2014. Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata tempahan bagi tambang promosi berkenaan mulai sekarang hingga 25 Ogos. 

Naib Presiden Kanan Kawasan Malaysia, Muzammil Mohamad berkata promosi berkenaan merupakan lanjutan kepada hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-40 penerbangan itu yang dilancarkan pada Oktober lepas.

"Selepas Aidilfitri, keluarga kini membuat rancangan untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah pula," katanya. Menurut MAS, susulan pengenalan semula perkhidmatannya ke Dubai, syarikat penerbangan berkenaan akan menawarkan tambang promosi dari RM1,999 bagi tambang kelas ekonomi termasuk semua pergi balik dan RM5,999 bagi kelas busines. 

Sempena pengenalan perkhidmatan ke Kochi pula, ia akan menawarkan tambang pengenalan dari RM1,099 bagi tambang pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM2,199 bagi kelas perniagaan. Tambang itu bagi perjalanan mulai 1 September 2013 hingga 31 Mei 2014, katanya. MAS berkata bagi Darwin, tambang bermula dari RM1,399 bagi perjalanan pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM3,199 bagi kelas busines.

Tambang itu bagi tempoh perjalanan 1 November 2013 hingga 31 Mei, 2014, katanya. - BERNAMA

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online