Kes ini melibatkan seorang wanita yang diugut oleh pekerja hotel untuk merogolnya. Agak pelik dengan kejadian ini kerana pekerja hotel tersebut boleh menelefon dan mengajak wanita terbabit mengadakan hubungan seks. Adakah perkara ini biasa berlaku sebelum ini. Apabila wanita terbabit tidak mahu mengikut kemahuan pemuda yang kurang ajar itu, dia diugut menggunakan SMS pula. Kemungkinan percubaan untuk menarik perhatian wanita terbabit gagal, makanya dengan cara ugutan digunakan. Akhirnya, ugutan makan diri dan pemuda terbabit ditangkap pihak berkuasa.
Kenyataan akhbar Metro mengenai pekrja hotel ugut pelangganya.
Subang Jaya: Seorang wanita yang menginap di
sebuah hotel di sini, menempuh detik mencemaskan apabila seorang pekerja
hotel mengugut memecah pintu bilik dan memperkosanya. Mangsa berusia 40 tahun yang ketakutan menghubungi polis meminta
bantuan dan tindakannya membuahkan hasil apabila polis menahan suspek
berusia 24 tahun, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada jam 1.30 tengah hari kelmarin. Menurutnya, sebaik mendaftar, mangsa menyimpan barangannya dalam bilik hotel sebelum keluar semula untuk menghadiri mesyuarat di Petaling Jaya. Baca seterusnya......
0 Comments:
Post a Comment