Gambar hiasan |
Ketua sami Buddha Malaysia memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana kesilapan pengnut buddha menjadikan surau sebagai tempat ritual agama mereka. Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa, tiada hubungan antara penganut buddha di seluruh dunia. Mereka sepatutnya tahu akan tempat yang mereka gunakan itu adalah surau. Jika penganut Buddha negara Malaysia mampu memahami perkara itu, sepatutnya warga Singapura yang datang harus menghormati kepercayaan dan tempat ibadat orang lain. Inilah dikatakan kebodohan yang menyebabkan ketua perlu memohon maaf.
Jangan nanti hanya dengan mohon maaf tetapi akan dibuat lagi, dan lagi dan lagi. Lepas tu mohon maaf lagi. Tiada nilai permohonan maaf anda.
Kenyataan akhbar ketua sami Buddha Malaysia mohon maaf kepada umat Islam:
KUALA LUMPUR - Ketua Utama Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri
Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat
Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang
mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota
Tinggi, Johor baru-baru ini.
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun
atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap
perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian
tidak berulang. "Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat
sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum
melakukan ritual.
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan
akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Beliau juga menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain. - Bernama
0 Comments:
Post a Comment