Monday 15 July 2013

Kajian Tindakan Syarat Lantikan Guru Cemerlang?

   
Gambar Hiasan
    Untuk menjadi Guru Cemerlang , syarat baru yang dikatakan akan dilaksanakan ialah para guru harus melakukan kajian tindakan atau lebih sedap didengar ialah kajian penyelidikan pendidikan. Hal ini akan membolehkan guru yang dipilih benar-benar cemerlang. Namun begitu, bagi penulis langkah ini harus dikaji terlebih dahulu walaupun ia satu tindakan yang baik. Bagaimana kriteria lain yang perlu ada pada diri guru tersebut. Misalnya, proses pengajaran dan pembelajarn guru itu sangat bagus dan terbaik tetapi dalam membuat kajian tindakan , sangat tidak berminat. Boleh lagi dipertimbangkan juga agaknya. Biasanya, guru cemerlang akan cemerlang dalam segala hal.

     Sedikit petikan daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah  Malaysia cawangan Negeri Sembilanmengenai syarat lantikan guru cemerlang.

     PEMBENTANGAN kertas kajian tindakan yang bermakna dan berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran akan dijadikan kriteria asas pemberian merit dalam pemilihan Guru Cemerlang. Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Negeri Sembilan, Ramli Othman berkata, pembikinan sesuatu kertas kajian tindakan bukan sahaja memerlukan kemahiran akademik dan ketajaman minda saintifik, tetapi juga keterampilan ketika membentangkan kertas kajian mereka.Beliau memberikan beberapa contoh guru biasa yang kini dimartabatkan sebagai Guru Cemerlang setelah mereka menghasilkan beberapa penyelidikan dan membentangkan kertas kajian di seminar di dalam dan luar negara.
Ramli yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan menambah, inisiatif untuk mengadakan kajian tindakan dalam kalangan guru bertujuan melahirkan budaya penyelidikan bilik darjah. Baca selanjutnya

     Justeru, kepada guru-guru di seluruh Malaysia, marilah kita sama-sama menjalankan kajian tindakan. Penulis sendiri pun sedang melakukan kajian tindakan yang lebih teliti bagi memenuhi syarat sebagai seorang Sarjana.... makanya tidak jadi masalah bagi kita semua agaknya.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online