Wednesday 30 March 2011

KETUK KEPALA

Ketuk kepala....Ishhhh...awat yang jadi lagu tu. Kepala budak tu bukan buah nyok...kepala budak tu bukan gendang dok ketuk-ketuk..kata seorang guru lelaki di sekolahku. Dia tak tahan dah kot...sebab tu dia pi ketuk. Banyak lagi cara lain aih..nak denda pun. Awat..dia dulu tak pernah kena denda ka. Kita tak tau cerita sebenaq...susah...la ni...macam-macam orang dok cerita. Pasai video hitam putih la...pasai duit banyak dalam rumah la...tu nak percaya lagu mana. Kadang-kadang tengok surat habaq la pun tulih macam-macam. Kita dok baca tiga surat habaq...hat nu tulih lagu lain , hat ni tulih lagu lain. Habih tu lagu mana ni".. kata cikgu yang sorang lagi.

Haaa..itulah senario hari ni kat tempat kerja saya.. Biasalah , siapa yang terlibat dalam bidang macam saya ni , memang banyak cabaran dan dugaan. Tapi...kesalahan ketuk kepala sampai cedera apa kejadahnya ( kalau betul lah ). Saya atau pembaca dulu pun masa belajar mesti kena denda. Mungkin kalau saya katakan saya telah ditempeleng guru muzik sehingga terlentang daripada kerusi masa tahun 3 , pembaca tentu sukar untuk percaya. Bukan saya seorang , malah boleh dikatakan semua di dalam kelas pernah merasai penangan itu. Apa pun cikgu itu dah kembali ke rahmatullah dan saya sangat berterima kasih kepadanya kerana saya mendapat satu pendekatan bagaimana untuk mendekati dan menjiwai murid-murid. Biasalah , kalau murid nakal atau jahat ...itulah yang diingat cikgu sampai sekarang. Tapi , yang bijaksana dan teror belum tentu akan ingat siapa yang menjadikanya sebegitu. Ini pengalaman saya yang baru belasan tahun dalam bidang ini.

Apa pun , ketuk kepala tetap salah. Saya pun terlakukan tetapi bukan kepada budak perempuan. Hanya kerana salah dalam memberikan jawapan , tidak sepatutnya cara itu yang kita ambil. Banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunapakai. Kepada pembaca yang bukan berada dalam bidang ini , cuba bayangkan anda pernah melalui semua perkara ini. Agak-agaklah , bolehkah anda bersabar? Berada dalam bidang ini menuntut anda bersabar. Kalau tak sabar , jadi beginilah. Empat puluh orang dengan empat puluh karenah. Namun , tindakan ketuk kepala sehingga cedera tetap perbuatan yang salah. Mengikut pekeliling kementerian , murid tidak boleh langsung disentuh atau menjeling sekalipun tetap tidak boleh. Pendek kata , apa sahaja keslahan murid di sekolah ...cikgu-cikgu tak boleh buat apa. Macam kata kata ini " BAPALAH YANG BERSALAH , BAPALAH YANG MENGAJAR SAZZALI JADI BEGINI" lebih kurang lah kot. Kalau nak tahu lebih lanjut..tengok cerita anakku Sazaali...pembaca mahu anak-anak kita jadi seperti itu.?

3 Comments:

JR said...

Antara banyak2 tempat mengapa cikgu pilih kepala? Sebab kepala paling dekat dengan tangan cikgu ka? Dalam kepala tu ada otak..lama2 biol budak tu bila saraf otaknya selalu digoncang cikgu!!

Pilih la tempat lain, cikgu...kaki ka, tangan ka....tapi jangan kepala atau paha (nanti dituduh cuba perkosa pula!!)

kpah k-poh Sharifahnor said...

zaman akak dulu..kalau kena pukul dgn cikgu..tak berani nak bgtahu kat parents..nanti parents "tambah" lagi sakit..parents akak selalu cakap..kalau tak salah kita..tak kan cikgu nak pukul pulak..cuma masalah skrg ni byk tekanan..bukan setakat cikgu jer..ibubapa sendiri pun alami tekanan..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

JR Shoppe
Cakap memang senang...tapi kalau nak rasa jadi cikgu..try la kat sebelah rumah tuan JR Shoppe pun ada, Dak pun pi try tengok keadaan budak-budak sekarang macam mana. Apa pun, ketuk kepala tak patut walaupun kita sendiri pun pernah kena.Cikgu hari ini langsung tak dibenarkan sentuh pelajar walaupun pelajar itu keluarkan perkataan bab... sekalipun untuk cikgu. jadi ..tak ada tempat untuk dipilih...


Kpah K-poh..
zaman dah berubah ..dunia dah maju...jadi mak bapa dah maju , anak-anak tak boleh disentuh..kalau maak bapa pun alami tekanan..bagaimana cikgu-cikgu kat sekolah yang tiada hubungan langsung...pening-pening.Apa pun tak patut ketuk kepala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online