Tuesday, 29 March 2011

PEMANDU WANITA BERBAHAYA

Betulkah seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia ini. Malah , perbincangan hal ini dibahsakan di Parlimen . Wah...hebat. Kalau nak tahu berita penuh klik sini... Bagi saya yang berpengalaman memandu kereta selama 12 tahun ni , rasanya jantina bukan penentu bahaya atau tidak memandu kereta. Yang sebenarya cara kita memandu kereta itu merupakan alasan yang paling sesuai untuk berlakunya kemalangan. Mungkin kebanyakkan pemandu wanita ini , kekerapan memandu kereta tidak seperti lelaki maka ahli parlimen mengatakan pemandu wanita berbahaya. Justeru itu , kita semua perlu mengenali sikap masing-masing apabila memandu kereta. Bagi saya, kadang-kadang berjumpa dengan pemandu wanita yang terlampau cekap dan kadang-kadang terjumpa pemandu wanita yang sangat sopan santun. Sungguh..kemarahan datang , tetapi apabila melihat pemandunya wanita ...tahap kemarahan kemabli turun. Mungkin anda ada pendapat tersendiri. Di sini saya paparkan kemalangan yang berlaku semasa saya pulang daripada tempat kerja. Kita renung-renungkan dan ambil iktibar.



Inilah salah pemandu lori...yang langgar lari. Berlaku di Jalan Sidam kiri menghala ke Sungai Petani. Adakah pemandu lori ini wanita? Sangat banyak lori seperti ini di atas jalan raya...mereka memandu sangat kureng....ajjaqqqqq...

1 Comment:

JR said...

Bukan jantina yg menentukan takdir kemalangan. Jantina hanya dpt menentukan kelahiran, hanya wanita yg bersalin, kejadian2 lain bukan kerana faktor jantina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online