Wednesday 15 December 2010

PEERS


Pendidikan Seks Bermula Tahun 2011.




Tahniah kepada Kementerian pelajaran kerana pelajaran PEERS akan bermula pada tahun hadapan. Kita akan melihat perkembangan anak-anak kita pada masa hadapan melalui PEERS ini. Bagaimanakah respon dalam kalangan orang ramai? Penulis mendapat reaksi daripada ibu bapa yang terdiri daripada golongan kakitangan awam dan swasta. Inilah sebahagian reaksi mereka:

1. Pendidikan seks telah ada sejak sekian lama. Dahulu kita tak pernah pun mendengar masalah sosial yang berlaku dalam kalangan anak kita. jadi saya berasa was-was dengan PEERS ini. Kita tidak mahu program ini sebagai ujikaji kepada anak-anak kita. Saya takut, program PPSMI yang selama ini berjalan dan akhirnya dihentikan. Namun , jika modul yang digubal mampu memberikan kesan yang baik kepada murid tahun 1, maka ia wajar diteruskan.

2. Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang pendidikan, saya tidak berapa setuju dengan PEERS ini. Mengapa saya berkata demikian? Murid tahun satu belum sampai tahap untuk mengenali tubuh badan manusia secara mendalam. Perlukah murid tahun satu mengenali benda-benda yang tidak sepatutnya mereka ketahui dari awal. Kita jangan mengambil contoh barat yang terang-terang menghalalkan hubungan seks sebelum kahwin. Jika kita ingin mengajar PEERS di sekolah rendah, bagaimanakah modul untuk tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5, dan tahun 6. Perlu kita ingat bahawa hari ini murid-murid sangat terdedah kepada gejala sosial seawal tahun 3 bukan disebabkan tidak terdedah kepada pendidikan seks. Apa yang perlu ialah pendidikan agama. jadikan pendidkan agama sebagai mata pelajaran wajib lulus. Malahan dalam mata pelajaran sains juga pelajar telah didedahkan dengan PEERS. Walaupun begitu...jika ingin juga diteruskan..kita lihat nanti PEERS berjaya atau tidak mengurangkan gejala sosial yang melanda golongan remaja.

3. PEERS sangat sesuai untuk pelajar tahap 2 iaitu tahun 3 sehingga tahun 6. PEERS perlu selari dengan pendidikan agama dan moral. Maka, tanggungjawab yang paling besar dalam PEERS adalah tanggungjawab ibu bapa.


Itu lah sebahagian daripada reaksi spontan atau pemikiran ibu bapa. Saya kira, pemikiran ini tidak sama dengan pemikiran YB dan mereka yang melaksanakan dasar pendidikan negara. Apa yang perlu , kita lakukan dahulu dan tengok respon..kerana setiap perkara ada baik dan buruk.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online