Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat 5A. Kepada yang tidak berjaya ..jangan putus asa, masih banyak yang perlu dilalui pada masa akan datang. Bagi penulis yang mengajar Bahasa Melayu tahun 2010 ini sangat berbangga dan berpuas hati kerana 116 orang berjaya mendapat "A" dalam kertas penulisan dan 99 orang dalam kertas pemahaman daripada 134 orang. Tahniah juga untuk cikgu Hassan dan Cikgu Nur Suryani yang sama-sama mengajar Bahasa Melayu pada tahun ini. Juga tahniah kepada semua guru yang mengajar tahun 6. Sudah tentu kepuasan terpancar di wajah anda kerana melihat hasil yang telah dituai. 38 orang 5A dan 88.8 peratus kelulusan.Syabas.!!!!!
Sunday, 14 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment