Friday, 1 May 2020

Kenapa Perlu Melompat_ Moratorium Dan Bank Negara





UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?


Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.
Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.
Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,
Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:


1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.
Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.
Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.
Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Sumber: FB



Bagi aku... terfikir benda  yang sama, kita dapat penangguhan bayaran selama 6 bulan. Sebulan kita dapat RM3k. Boleh simpan sikit untuk bayar interest yang dikenakan selama 6 bulan tersebut. Bayar interest tersebut dan bayaran still jadi sama cuma bulan sahaja bertambah. Itu pendapat aku lah. Dalam keadaan sekarang kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Justeru, aku terima dulu penangguhan tersebut dan fikirkan nak bayar lump sump atau 6 bulan dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Simple.

Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi aku bukan dari pakar kewangan atau mana-mana institusi.

Pengendalian Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap





Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac 2020 yang lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan. Langkah ini adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.

Sehubungan dengan itu, BNM telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.




Bermula pada 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka berhubung dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah moratorium ini. Institusi perbankan juga akan menyediakan bagi setiap peminjam/pelanggan maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap mereka. Maklumat tersebut mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada. Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium. Institusi perbankan tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh tersebut sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang disetujui dengan peminjam/pelanggan.

Peminjam/pelanggan digalakkan untuk merujuk laman sesawang, portal perbankan internet atau pusat hubungan institusi perbankan mereka untuk maklumat lanjut. Sumber baca sini.

Bank Negara Malaysia
30 Apr 2020

Thursday, 30 April 2020

Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan - BNM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

"Peminjam akan dinasihatkan oleh bank mengenai beberapa langkah ringkas seterusnya bagi melakukannya," katanya.

BNM berkata, moratorium bertujuan untuk memudahkan aliran tunai peminjam yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Tegasnya, seperti pengumuman pada 25 Mac lalu, peminjam dinasihatkan bahawa faedah atau keuntungan akan terus terakru ke atas bayaran tertunggak dan mereka perlu menimbangkannya sebelum mahu mengambil moratorium.

"Pelanggan yang tidak mahu mengambil moratorium boleh berbuat demikian dengan memaklumkan bank masing-masing," katanya.

Sumber: Berita Harian


Baik aku nak ulas sikit saja,

Boleh la tngok slip gaji belah kanan 6 bulan banyak sikit...kena belanja tau sebab pkp ni kerajaan nak kita berbelanja bukan simpan. Dah tangguh bayar 6 bulan. Lepas tu bayar la balik...bukan bulan 10 ni bayar dua kali. Agak agak laaa....nuuuu tambah lagi 6 bulan. Mokalu kata kita habih bayar patutnya bulan 6 tahun depan..lajak p la sampai bulan 12. Dah lajak sampai bulan 12...ada la caj ka apa ka...kalau bayaran berkadar tetap...tak tau la pula. Dah nama pun tangguh dan bayar balik...kena laa bayaq balik..mau tangguh tak bayaq balik bank nak dpt untung kot mana. Ramai sangat kot yg dok lompat bintang awai sangat ni....

Mgkn hat masalah yg tak boleh bekerja dalam masa pkp ni...nak nak lagi depa bukan kerja tetap dan bayar bulan bulan bukan potongan gaji..yang ni kot yg rasanya ada sikit kegusaran. Walau macam mana pun pinjaman kena bayar...tambah ka..caj sebab lambat bayar ka itu biasa...apa pun kita dgar dulu penjelasan bank. Baru nak rasa duit banyak dah jadi macam ni....πŸ˜‚

Banyak laaa....nanti bulan tambah lagi naaaaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Kadar faedah pun tambah laaa...dah kita yg nak...😁

Disclaimer: Hanya pandangan aku saja. Bukan dari mana mana pakar kewangan atau pegawai persatuan bank.


Monday, 9 April 2012

TUKARAN MATA WANG


Sesiapa yang ingin mnegtahui mengenai kadar tukaran mata wang , harga emas ,tembaga, timah dan sebagainya boleh la ke sini. Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online