Wednesday, 30 July 2014

Makan Daging kucing Perkara Biasa Di Veitnam

HANOI - Populariti daging kucing di Vietnam menyebabkan ramai pemilik kucing bimbang haiwan peliharaan mereka itu menjadi sasaran pencuri haiwan.


Daging kucing menjadi makanan kegemaran ramai terutamanya dalam kalangan warga kota raya ini walaupun hidangan itu telah diharamkan oleh pemerintah.

Sebuah restoran di sini menyiapkan hidangan daging kucing dengan terlebih dulu melemaskannya sebelum dibakar supaya bulu haiwan itu mudah untuk dibuang.

Kucing tersebut kemudian dipotong dan digoreng bersama bawang putih.
"Ramai orang makan daging kucing. Ia hidangan istimewa dan mereka mahu mencubanya," kata pengurus restoran tersebut, To Van Dung.

Pemerintah Vietnam mengharamkan pengambilan daging kucing dalam usaha menggalakkan orang ramai membelanya dan mengawal populasi tikus di bandar raya ini.
Namun, banyak restoran di sini masih menghidangkan hidangan eksotik itu
Situasi tersebut menyebabkan ramai memelihara kucing mereka di dalam kediaman masing-masing dan tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran.

Permintaan yang semakin meningkat juga menyebabkan banyak haiwan itu diseludup dari Thailand dan Laos bagi memenuhi bekalan restoran-restoran tersebut.

Pada hari yang sibuk, sebuah restoran berkenaan boleh menjual 100 hidangan daging kucing.
"Saya sedar di Amerika Syarikat dan Britain, rakyatnya tidak memakan kucing tetapi di sini adalah sebaliknya," kata seorang lelaki, Nguyen Dinh Tue, 44, sambil menikmati hidangan daging kucing.
"Saya tidak membunuh kucing tetapi restoran ini menjual daging kucing justeru saya ingin mencubanya," kata lelaki berusia 44 tahun itu.

Menurutnya, Vietnam pernah miskin dan menghadapi era peperangan yang lama.
"Maka, kami makan apa sahaja untuk terus hidup seperti serangga, anjing kucing malah tikus juga," ujarnya.
"Kini ia menjadi tabiat," tambah Dinh Tue.

Seekor kucing boleh dijual pada harga antara AS$50 (158) hingga AS$70 (RM220) bergantung kepada saiz dan jenis hidangan yang disediakan. - AFP

Saturday, 17 August 2013

Menara Eiffel Buatan China


Kita semua sedia maklum bahawa negara china merupakan negara yang mampu meniru sahaja apa  keluaran atau produk sesebuah negara lain. Daripada produk Apple sehinggalah cincin Kate Midellton pu ditiru dan dijual dalam RM9.00 sahaja. Dan kali ini dua tempat ekslusif di China dibina menara seperti di Perancis. Romantik sungguh rakyat China walaupun jumlah kelahiran anak dihadkan.

Artikel daripada Kompas.com

Setelah membuat Menara Eiffel tiruan di taman Window of The World, di Shenzhen. China kembali membuat Menara Eiffel "KW" di Tianducheng, kawasan pembangunan hartanah mewah Hangzhou, Wilayah Zhejiang, China timur.
 

Menara besi ini persis dengan menara asalnya di Paris, Perancis, yang telah menjadi ikon global dan mempunyai struktur terkenal.
 

China dikenali kerana kemampuannya membuat imitasi produk asing. Setelah membuat pelbagai produk Apple palsu, negara ini juga membuat tiruan cincin pertunangan Kate Middleton seharga tiga dollar.



Sunday, 25 March 2012

PELIK: BERBUAH DI BATANG?


Pisang ini berbuah di batang. Kejadian pelik ini banyak kali dah kita baca dan lihat. Baca seterusnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online