Saturday 7 January 2017

Kurus Untuk Sihat

Apabila tahun 2017 menjelma, azam aku untuk kai ini nak turunkan berat badan lagi. Bohonglah kalau katakan manusia di dunia ni saja-saja nak gemuk. Kalau gemuk nampak elok, sihat aku tak kisah. Ni sebab aku tak sihat bila gemuk. Sebab apa berat badan kita cepat naik. Bagi aku sebab faktor pemakanan. Kalau lihat pada aku, kalau aku diet ikut perancangan, berat badan aku turun dengan ketara. Tapi, bila aku makan ikut dan atau ikut suka, berat badan akan naik ikut suka. Untuk rekod aku sendiri, berat badan aku pernah naik sehingga 100 kg lebih. Aku tak sedar tentang ni sebab kita makan lalu dan kuat. Tapi bila ditegur anak murid pasai apa cikgu koi gemuk, aku mula sedar bahawa berat aku semakin masuk tahun baru semakin berat. 

Kalau tengok muka pun dah tau berat badan melebihi kerana leher pun dah tak ada.
    Satu lagi kita boleh tahu mengenai peningkatan berat badan melalui seluar yang kita pakai. Kalau setiap tahun seluar yang kita beli pinggang akan naik 2 cm itu menandakan kita makin gemuk. Macam aku sendiri, daripada 32 naik sehingga 42 saiz seluar. Dan bila cecah 100kg lebih saiz seluar aku dah jadi 44. Bila pi pasar raya cari seluar, jurujual kata seluar aku dah mahal sebab dah masuk kategori big saiz. Nah...dengan ketinggian aku yang hanya 160cm dengan berat 100kg, aku makin kerap sakit. Mungkin kalau aku tak cuba kuruskan badan untuk usia yang semakin meningkat. Pasti macam-macam penyakit yang akan singgah. Jadi, tahun 2016 aku mula lakukan aktiviti diet atkins tetapi aku tipu banyak sangat dalam diet itu pada awanya. Aku just tak makan nasi. Yang lain aku sapu semacam saja. Berat badan aku turun, tetapi tak bayak.

Ni pun time aku sangat suka makan
     Pada bulan Mac 2016, aku perlu ikut sepenuhnya diet atkins wpun ada yang kata tak baguih. Aku lakukan dengan penuh disiplin. Kenduri ka, apa majlis ka. Aku hanya makan apa yang dibenarkan dalam diet atkin. Hasilnya dalam masa seminggu, fasa awal aku dapat kurangkan berat badan sehingga 10kg lebih. Aku beli air drinking water berkotak-kotak. Syarat dirt atkin ni minum ayaq banyak. So aku ikut diet ini. Aku lakukan diet atkin sehingga fasa 3. Yang tak boleh tahan pasai diet ini tang sembelit. Memang banyak kali aku kena sembelit. Punya la sakit masa nak buang ayaq besar. Tapi aku teruskan juga diet ni sehingga berat badan aku turun ke 75kg dan bulan puasa berat badan aku turun ke 70kg..seluar 44, 42, 40 dan 38 dah tak boleh nak pakai. Tapi aku simpan juga seluar-seluar tu untuk pakai lepas ni, mana tau badan aku naik balik.

Aku nak kurus lagi tahun 2017, target aku nak dapatan berat badan 65kg sehingga bulan Jun. Sekarang berat bdan aku terhenti di 75 sehingga 70kg sahaja. Mungkin cara diet aku perlu diubah atau aku perlu melakukan workout yang maha dasyat. Dulupun aku ada juga kayuh trademill tu macam nbasikal tu dalam sejam atau 45 minit. 

Apapun kepada yang membaca blog ini, kalau nak kurus dan dapat badan yang dididamkan, kita perlu korban pasai makan. Dulu aku susah, nak makan itu ini payah. La ni duit ada lebih sikit. Bagi tau saja apa yang nak makan, bila-bila masa saja boleh makan. Kalau ikut hati, nampak saja makanan. Nak makan saja, nafsu makan kena kawal. Gemuk sebab makan sebenarnya. Kalau keturunan, itu tak boleh nak kata apa. Just, jaga pemakanan dan kesihatan sajalah.

Baiklah, nanti aku ceritakan bagaimana aku lakukan diet untuk turunkan berat badan daripada 100kg lebih ke 70 ke 75kg aku ni. Nafsu kena kawal. Disiplin kena jaga. pati anda boleh kurus untuk sihat.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online