Bulan Madu Melalui Lelongan E-Bay |
Bulan madu biasanya dilakukan oleh pasangan suami dan isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Namun,
seorang wanita di Inggeris memutuskan untuk menjalani bulan madu dengan
seorang lelaki yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Bagaimana kisahnya? Simak terus.
Kelly Wood 26 tahun adalah seorang perunding perjalanan laut dari Lowestoft, Suffolk, England. Pada bulan Januari 2015 lalu, dia menonton program televisyen Good Morning Britain sebelum berangkat ke pejabat. Dalam acara tersebut, seorang lelaki bernama John Whitbread32 tahun membincangkan tentang tunangnya yang membatalkan perkahwinan.
Melalui laman eBay, Whitbread melelong pakej bulan madu selama dua minggu di Republik Dominican yang seharusnya dia nikmati bersama tunangnya. Hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk kegiatan amal. Menurut Wood, penampilan Whitbread begitu menarik dan dia kelihatan jujur.
"Hubungan asmara serius saya terakhir terjalin lima tahun lalu dan sejak itu saya tidak pernah bercuti bersama teman-teman. Saya pun tidak mahu bercuti sendirian. Lalu saya fikir, kenapa saya tidak mencubanya? Saya tahu ini benar-benar nekad," ujar Wood.
Wood mengajukan tawaran sebanyak 2,500 pound atau setara sekitar Rp 55 juta. Beberapa hari kemudian, pada tanggal 25 Januari 2015 lalu, Whitbread menelefon Wood dan mengkhabarkan bahawa dia memenangi lelongan tersebut. Jadi, mereka berdua akan pergi bulan madu bersama.
Mereka berdua baru bertemu sehingga hari berlepas di lapangan terbang. Wood menceritakan, mereka berdua bertemu di lapangan terbang Manchester pada 16 Februari 2015 lalu. Walaupun berbulan madu dengan orang asing, tetapi Wood merasa aman kerana kru dari acara Good Morning Britain turut hadir untuk merakam acara individu tersebut.
"Kami berpelukan dengan canggung. Namun, begitu kami berbincang, kami mula akrab. Di bilik suite bulan madu di BlueBay Villas Doradas, kami memisahkan ranjang kemudian kami menuju kolam renang. Kami bercuti bersama, ke pantai, menyelam, berenang bersama ikan lumba-lumba, namun tidak ada gestur lebih, "tutur Wood.
Wood mengaku dirinya tahu bahawa Whitbread patah hati, sehingga tidak ada gestur romantis sama sekali. Selain itu, dia pun tahu bahawa Whitbread menyembunyikan sakit hatinya. Lelaki itu mengaku, dia dan tunangnya mengakhiri hubungan setelah sang tunangan menyatakan mereka bukan pasangan serasi.
"Akhir percutian itu terasa sedih. Selepas itu, saya dan dia bersetuju untuk tetap berhubungan baik dan kami pernah berbual melalui telefon . Setakat yang saya tahu, dia masih belum mempunyai pasangan, tapi saya fikir hubungan kami tidak akan melangkah lebih jauh. Saya tidak merasa menyesal dengan percutian itu. Saya hanya berharap mempunyai bulan madu yang asli, "ungkap Wood.
Entahlah....negara barat selalu melakukan perkara yang diluar batasan. Jangan diikut perkara ini.
Sumber: kompas.com
0 Comments:
Post a Comment