Tuesday, 6 October 2015

Cara Makan Sihat Untuk Menurunkan Berat Badan

Makanan Ini Sihat?

Ketika kita sedang cuba untuk mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan kita, menerapkan gaya hidup makan yang sihat boleh menjadi perubahan yang kita perlukan untuk dapat melihat hasilnya.


Awalnya mungkin terasa seperti perjuangan berat, namun dengan cepat kita akan berasa selesa. Berikut cara makan yang sihat untuk menurunkan berat badan:

Awal Pagi

Mulai hari dengan minuman segar: Setelah kita meminum air, mulai rancangan makan sihat kita dengan jus hijau sihat atau air hangat dengan  lemon sebelum memulakan sarapan. Jika kita sudah berhidrasi dengan air, limau bekerja untuk mengimbangi pH tubuh kita dan membantu menyihatkan pencernaan.

Ganti karbohidrat olahan: Tidak ada manfaat dari kuih  atau menu sarapan di pagi hari. Jika kita suka memulakan hari dengan karbohidrat, pastikan untuk menjaga pilihan makanan tetap kompleks (seperti biji gandum atau ubi jalar) dan penuh serat. Dengan cara ini kita menyokong pencernaan dan tahap tenaga kita.


Tengah Hari

Minum teh hijau: Terlalu banyak minum kopi dapat membuat kita merasa cemas dan tidak memberi tumpuan, jadi alihkan kopi kita dengan secangkir teh hijau yang kaya antioksidan. Teh hijau mengandungi catechin tinggi, yang dapat melancarkan aktiviti hati dan meningkatkan pengeluaran enzim detoksifikasi.

Kurangkan bumbu: Kicap, mayonis, sos- bumbu apapun itu membuat kita selesa dengan apa yang kita makan. Jauhkan perkara itu dari cara makan yang sihat untuk menurunkan berat badan. Fokus pada rasa alami dari rempah atau sitrus untuk menambah sedikit rasa dan manfaat pada makanan kita. Jika perlu menambah sedikit rasa 'creamy' pada sandwich atau salad, tambah alpukat untuk asid lemak omega 3 dan serat.

Waktu Malam

Memilah makanan penutup: Kita tidak perlu mengucapkan selamat tinggal pada makanan penutup yang manis saat menghabiskan makanan kita. Hanya perlu menjaga dessert kita adalah pencuci mulut yang semulajadi dibanding penuh gula dan bahan kimia. Pilih makanan ringan seperti potongan buah atau 'dark chocolate' untuk tetap berada di jalur yang tepat.

Siapkan air di samping tempat tidur: Penghidratan adalah kunci bagi setiap hidup sihat, dan menghirup air sepanjang malam akan membuat kita bertenaga dan berfikiran jernih pada pagi hari. Salah satu cara untuk memastikan hari berikutnya menjadi hari yang baik adalah tidur malam dan minum air yang cukup.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online