KEPALA BATAS - Polis telah mengambil keterangan seorang lagi wanita
bagi membantu siasatan berhubung penganjuran sukan bogel yang dilaporkan
diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang pada 30 Mei
lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita
berkenaan yang berusia 24 tahun ditahan di Perak kira-kira pukul 10 pagi
Sabtu lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas dua jam
keterangannya diambil.
"Wanita yang berasal dari Perak dan bekerja di sebuah syarikat swasta
di Kuala Lumpur itu mempunyai nama yang sama seperti identiti salah
seorang wanita yang menyertai sukan bogel tersebut.
"Bagaimanapun, dia telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis
berpuas hati dengan keterangan yang diberikan ketika disoal siasat
selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya,"
katanya.
Sumber: Kosmo.Com
0 Comments:
Post a Comment