Wednesday 6 November 2013

Derma Buah Zakar RM35 Ribu Untuk Eksperimen


Las Vegas: Seorang lelaki yang menabung simpanannya dengan menerima bayaran untuk melakukan ujian perubatan kini mahu mendermakan satu daripada testikelnya untuk tujuan kajian.

Dalam episod terbaru rancangan Extreme Cheapskates terbitan TLC, Mark dari Las Vegas menceritakan bagaimana beliau sering menawarkan diri menjadi bahan eksperimen untuk menjimatkan bil perubatan, mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma malah memperoleh ‘pendapatan’ mencecah ribuan dolar.

Satu kajian yang mengujakannya membabitkan mendermakan satu daripada testikelnya yang kemudian digantikan dengan alat palsu untuk bayaran berjumlah $35,000.Sedutan episod itu menunjukkan Mark mampu menabung sehingga $700 apabila mendaftarkan diri untuk ujian perubatan dan menerima pemeriksaan kesihatan percuma.

Mark turut menjelaskan bagaimana beliau tidak perlu langsung membelanjakan wang gajinya disebabkan bayaran diterima dalam pelbagai ujian kesihatan.

Beliau juga menunjukkan pakaian hospital dipakai ketika semua ujian berkenaan.

“Ketika melakukan ujian klinikal saya membawa pulang sepasang pakaian hospital yang kemudian digunakan untuk bekerja, bersenam dan ujian klinikal lain.

“Saya jimat wang mendobi, malah baju ini murah, mudah dicuci dan percuma,” katanya.
Beliau juga menganggap setiap baju sebahagian daripada ‘sejarah’ malah mampu menceritakan kisah di sebalik setiap baju.

“Baju kegemaran saya dipakai ketika kajian ebola. Semua orang takut ketika saya dan seorang rakan melakukannya.

“Kami berdua yang pertama di negara ini menjalaninya dengan bayaran $5,000 seminggu,” katanya.

Satu lagi ujian yang hampir dilakukannya dikenali ujian ‘flatline’.

“Untuk ujian itu, degupan jantung dihentikan selama seminit, tetapi anda masih bernafas. Ujian selama 14 hari itu menjanjikan bayaran $25,000. Namun ia dihentikan pihak berkuasa,” katanya. - AFP

Petikan: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online