Baghdad: Seorang wanita Iraq yang berusia
awal 40-an hamil dengan 13 janin walaupun sudah melahirkan tujuh anak
termasuk anak kembar sejak dia berkahwin 24 tahun lalu.
Suaminya, Fadhil Al Azawi yang juga peladang dari wilayah tengah
Salahuddin berkata, ujian perubatan menunjukkan isterinya mengandungkan
13 janin selepas lima tahun tidak hamil.
Fadhil berkata, dia berkahwin dengan seorang lagi wanita tahun lalu selepas isterinya gagal hamil lagi. “Saya gembira dengan kehamilan isteri saya tetapi pada masa yang sama saya juga bimbang bagaimana untuk menjaganya. “Berita isteri saya mengandungkan 13 janin cukup mengejutkan. Saya kini sibuk menguruskan persediaan untuk menyambut kelahiran bayi. Saya mungkin satu-satunya bapa yang mempunyai anak kembar 13,” katanya. Pakar sakit puan di Hospital Takreet, Dr Mikdam Al Jabouri berkata, ujian imbasan menunjukkan wanita itu hamil dengan 13 janin. “Ujian awal menunjukkan empat daripada janin itu sudah mati kerana jantung mereka tidak lagi berdenyut, manakala yang lain dalam keadaan baik.
“Si ibu juga dalam keadaan baik dan ini adalah kes kehamilan paling
jarang ditemui. Bagaimanapun, kami menjangka lebih banyak janin akan
mati pada awal peringkat kehamilan dan mungkin jumlah yang lahir kelak
kecil saja,” katanya. - Agensi
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment