BENTONG: Beberapa perwakilan Puteri UMNO yang hadir pada mesyuarat
perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini terkejut apabila
menerima video dan mesej lucah di telefon masing-masing daripada nombor
tidak dikenali.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi tadi ketika proses
pengundian baru bermula apabila perwakilan menerima video dan rantaian
mesej yang menunjukkan seolah-olah penghantar memerhatikan mereka kerana
memberi gambaran mengenai pakaian dan bentuk badan.
Difahamkan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian
Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berjanji membawa perwakilan yang
menerima gangguan seksual membuat laporan polis selepas mesyuarat tamat.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment