Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan
Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut
daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang
Jaya 1 Oktober lalu.
Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi
jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog
dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator
Malaysia.
“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.

“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar
yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama
motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya
kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment