Jakarta: Seorang anggota polis di bandar raya ini ditimpa malang
ketika memulakan tugas mingguan selepas dia dimasukkan ke hospital
akibat tertembak paha sendiri.
“Ketika mengeluarkan senjata api dari sarung di pinggangnya, dia tertolak pemicu pistol itu,” kata jurucakap polis.
Heri Pribadi baru memasuki kereta untuk menuju ke Lapangan Tembakan Kedaung di Pamulang, untuk menjalani latihan menembak jam 8.30 pagi. Peluru menembusi paha kirinya dan dia kini dirawat di Hopital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur. - Agensi
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment