Monday, 28 October 2013

Mati Ditikam Di Lebuh Raya


Petaling Jaya: Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia maut selepas ditikam di perhentian bas di Kilometer 28.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam terbaring dengan tikaman di perut dan masih bernyawa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, orang awam kemudian menghantar mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

 Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kita juga sedang menyiasat sama ada mangsa ditikam di tempat kejadian atau di tempat lain.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online