SANAA - Yaman. Seorang bapa di Yaman sanggup bertindak kejam, membakar
anak perempuannya berumur 15 tahun hingga mati kerana dipercayai bertemu
tunangnya sebelum hari perkahwinan mereka.
Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.
Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.
Tindakan membunuh anak perempuan, isteri atau saudara perempuan yang
dianggap mencemarkan maruah keluarga adalah perkara biasa di negara itu,
walaupun dikecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan
pemerhati hak asasi manusia.
Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat. - Al Arabiya
Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat. - Al Arabiya
Sumber: Sinar Harian
0 Comments:
Post a Comment