Kuala Lumpur: Seorang pemilik kedai emas
cedera parah terkena dua das tembakan dalam kejadian rompakan di Jalan
Leboh Ampang di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Abdul
Razak, 55, cedera di bahu dan perut selepas cuba menghalang empat
pekerjanya.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten
Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian itu suspek tidak dapat
melarikan sebarang barang berharga.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment