Tuesday, 3 September 2013

Pam Petrol Rosak Rupanya Kemalangan


Gambar pam petrol yang rosak tersebar dalam media elektronik semalam kononya berlaku pergaduhan akibat ketidakpuasan hati adalah tidak benar. Kata pihak berkuasa, kejadian yang sebenar adalah disebabkan kemalangan. Kita harap apa yang diperkatakan adalah benar, dan penulis rasa bukan sahaja di Melaka yang menyebabkan kerosakan pam minyak. Banyak lagi berlaku di tempat-tempat lain kemalangan membabitkan kenderaan dan pam minyak apabila diumumkan minyak petrol naik. Apa agaknya, bila kerajaan umumkan minyak turun lagi 60 sen. Mungkin berlaku kemalangan lagi.


Kenyataan akhbar kosmo mengenai kemalangan tersebut:

ALOR GAJAH - Desas-desus gambar yang tersebar di internet mengatakan berlaku pergaduhan ekoran kenaikan harga minyak di sebuah stesen minyak di Durian Tunggal di sini semalam adalah tidak benar.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, kejadian sebenar merupakan kemalangan melibatkan lima buat kenderaan di stesen minyak berkenaan pada pukul 8.30 malam.

“Sebuah Kia Spectra yang dipandu seorang warga emas berusia lewat 50-an telah tertekan pedal minyak lalu merempuh salah satu dari pam minyak berkenaan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, empat kereta lain yang berada berdekatan iaitu Proton Wira, Iswara, Toyota Vios dan Puegeot mengalami kerosakan akibat turut dirempuh kereta Kia terbabit. - KOSMO!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online