Remaja ini dikatakan sudah seminggu lari daripada Rumah |
Lagi kes remaja lari daripada rumah. Kali ini remaja ini berusia 16 tahun lari daripada rumah dan berfoya-foya bersama teman yang lebih tua usianya. Akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan seks di ruang tamu rumah rakanya. Inilah remaja zaman sekarang.
Kenyataan akhbar Sinar Harian:
KULIM - Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan
berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di
khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi
kelmarin.
Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.
Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.
Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.
Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

0 Comments:
Post a Comment