Saturday, 7 September 2013

Pasal Getah Pun Mereka Merusuh


Kejadian rusuhan ini berlaku di Thailand akibat ketidakpuasan hati para pekebun akibat harga getah yang jatuh merudum. Hal ini sepatutnya boleh berlaku di Malaysia juga. Ini kerana orang kampung ramai yang menoreh getah. Tetapi, rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sangat memahami. bagi penulis, jika kerajaan ingin membantu orang kampung yang kebanyakan penoreh getah, lakjkan sesuatu dengan menjadikan getah satu komoditi yang sangat berharga. Jika ada kebuh getah beratus ekar pun tidak guna kerana harga getah yang sangat murah.


Kenyataan akhbar berkaitan rusuhan di Thailand:

BANGKOK - Kejatuhan harga getah di pasaran dunia mendorong beratus-ratus pekebun getah bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tunjuk perasaan di selatan Thailand, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka turut membakar kereta sehingga memaksa polis menembak gas pemedih mata dalam kekacauan terbaharu di wilayah bergolak itu.

Lebih 24 anggota polis cedera manakala 11 pemimpin penunjuk perasaan ditangkap dalam demonstrasi di wilayah Prachuap Khiri Khan kelmarin.

Komander polis wilayah, Mejar Jeneral Thanet Soonthornsuk berkata, dua kenderaan media dibakar dalam pertempuran yang tercetus selepas lebih 400 pekebun getah menghalang laluan di sebuah lebuh raya utama menghala ke selatan Thai. Baca seterusnya.....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online