Stockholm: Sebuah syarikat Sweden, Pause Ljud
& Bild menawarkan keranda lengkap dengan speaker dua hala dan akaun
dengan khidmat muzik Spotify untuk membolehkan muzik terus berkumandang
dalam kubur.
Syarikat berkenaan berkata, keranda Sistem Bunyi CataCombo itu
berharga AS$30,000 (RM99,000). Pembeli juga akan diberi batu nesan
dengan permukaan digital yang akan mempamerkan kepada pelawat nama lagu
yang sedang dimainkan di dalam keranda itu.
Rakan dan anggota keluarga si mati juga boleh memilih lagu untuk
dimainkan dengan mengguna Spotify yang kemudian akan berkumandang ke
luar dari speaker keranda itu menerusi hubungan Internet 4G yang
dipasang pada batu nesan.
Menurut Pause Ljud & Bild, pelanggan pertamanya Fredrik Hjelmquist, ketua pegawai sebuah syarikat, berikrar mahu ditanam dengan keranda itu dan membenarkan pengunjung menambah senarai lagu yang sudah dipilihnya.
Menurut Pause Ljud & Bild, pelanggan pertamanya Fredrik Hjelmquist, ketua pegawai sebuah syarikat, berikrar mahu ditanam dengan keranda itu dan membenarkan pengunjung menambah senarai lagu yang sudah dipilihnya.
Setakat ini, senarai ‘Pause 4-ever’nya, mengandungi lagu seperti
Atmosphere oleh Joy Division, Teardrop (Massive Attack), Cemetery Gates
(The Smiths), Dancing On My Own (Robyn) dan I’ll Sleep When I’m Dead
oleh Bon Jovi.
Tetapi dengan hanya 931 terkandung dalam senarai itu, Hjelmquist berharap ia akan berulang secara berterusan. - Agensi
Sumber: Metro
0 Comments:
Post a Comment