KULIM - Orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan di Sungai
Sedim dekat sini diminta berwaspada susulan dua kejadian lemas yang
mengorbankan seorang wanita dan pelajar perempuan pada Sabtu lepas dan
semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, dalam kes pertama seorang wanita Hasmira Rosli, 26, dari Jalan Hutan Kampung, Alor Setar lemas dibawa arus deras pada 12.30 tengah hari 14 September lepas.
Ketika kejadian mangsa yang dikatakan bekerja di Sungai Petani mengunjungi kawasan perkelahan itu bersama beberapa temannya dengan bermotosikal.
"Ketika mandi-manda di aliran Sungai Sedim berhampiran Jeram Raja dia telah hanyut dibawa arus dan mayatnya ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi itu, 30 minit kemudian iaitu jam 1 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kes kedua, iaitu selang sehari selepas insiden itu, seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Besar di sini, Farah Izwani Zainuddin, 13, lemas dibawa arus ketika hendak membasuh tangan di tebing sungai itu pukul 11.30 pagi sewaktu berkelah dengan keluarganya.
Ghuzlan berkata, mayat mangsa yang tinggal di Taman Makmur, Lunas dekat sini ditemui 15 minit kemudian di lokasi Lubuk Lebai Awang iaitu satu kilometer dari tempat mangsa dihanyutkan.
Beliau menasihatkan orang ramai yang mengunjungi kawasan rekreasi itu supaya lebih berwaspada ketika berkelah di Sungai Sedim terutama ketika musim hujan sekarang.
"Ini berikutan 'kepala air' akan berlaku pada bila-bila masa yang akan menyebabkan aliran air sungai datang dari hulu dengan deras dan kuat, akan membahayakan mereka yang mandi-manda di aliran berkenaan," katanya.
Sementara itu, Adun Kulim, Chuah Teng Ghee yang melawat kawasan perkelahan itu hari ini berharap Jabatan Perhutanan Daerah Kedah Selatan dapat menyediakan lebih banyak tanda amaran lokasi berbahaya kepada pengunjung.
"Kalau boleh beberapa hari selepas hujan lebat turun di hulu sungai ini jangan benarkan pengunjung untuk mandi-manda di kawasan yang dikatakan berbahaya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Reuna, Hashim Md Noor berkata sejak lima tahun lepas, sering berlaku kejadian lemas sekitar kawasan perkelahan itu.
"Kami amat bimbang tragedi ini berulang. Pihak kami juga menyediakan dua atau tiga sukarelawan kampung membantu memberi amaran kepada pengunjung tentang bahaya mandi di sini selepas hujan turun," katanya.
Katanya pihaknya juga berharap mendapat kerjasama Rela membantu penduduk kampung pada setiap hujung minggu atau cuti awam untuk sama-sama mengawasi keadaan supaya tragedi itu tidak berulang. - Bernama

0 Comments:
Post a Comment