Heboh berkata-kata mengenai Fida yang sekali lagi membuat hal dalam dubi hiburan. Kali ini dia dikatakan melarikan diri dari set pengambaran sebuah drama. Lokasi drama yang dikatakan tidak sesuai dengan dirinya menyebabkan Fida melarikan diri. Katanya lagi, set drama untuk babak akhir itu tidak selamat. Dia mendapat nasihat daripada pihak yang bertanggungjawab untuk tidak memasuki set tersebut.
Kenyataan akhbar:
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim, 27
mengaku dia terpaksa membuat keputusan meninggalkan set penggambaran
telefilem berjudul Kampungku dan Aidiladha di Baling, Kedah Ahad lalu kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Menurut Fida, dia bertindak sedemikian atas arahan pihak pengurusan
selepas pihak produksi, Langkah Karya Sdn. Bhd. mengabaikan kebajikan
dan keselamatan beliau.
"Babak terakhir telefilem berkenaan adalah di dalam hutan dan kami
perlu merentas hutan. Apabila sudah berada di dalam set, saya terkejut
kerana kawasan hutan itu baru saja diteroka pada ketika kami sampai di
lokasi itu. Baca di sini...
0 Comments:
Post a Comment