Monday, 23 September 2013

Amalan Intergriti Penting Dalam Profesion Perguruan


Seringkali disebut tentang intergriti. Apakah yang dimaksudkan dengan intergriti? Maksud intergriti melalui wikipedia seperti berikut:

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Justeru, melalui maksud intergriti di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa intergriti merangkumi semua sifat atau nilai murni yang perlu ada pada setiap orang. Hari ini, intergriti dalam kalangan guru dipertikaikan dan guru perlu menjalani seminar atau kursus melibatkan intergriti. Memang sangat baik guru-guru diberi kursus berkaitan intergriti. Bukan apa, cuma untuk mengingatkan kembali guru-guru kepada niat asal menjadi guru. 

Bagi penulis, bukan sahaja guru yang perlu diterapkan dengan nilai intergriti. Ibu bapa juga perlu ada intergriti dalam kehidupan mereka. Bagaimana dan apakah intergriti itu? Perlu diingatkan intergriti itu berkaitan dengan nilai-nilai murni kehidupan yang baik di dunia ini. Justeru, anak baik datangnya daripada didikan ibu bapa yang baik. Makanya, usahlah disalahkan kepada guru semata-mata jika anak menjadi jahat dan tidak menjadi orang.

Baca sini mengenai intergriti dalam profesion perguruan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online