Pasar Payang Sekarang Di Kuala Terengganu |
Siapa yang pernah pergi Pasar payang di Kuala Terengganu pasti akan teruja hendak ke sana lagi. Pelbagai jenis barangan dijual di Pasar Payang. Jika pergi pada waktu cuti sekolah, lagilah sesak dengan manusia.Dengar kata, kerajaan Terengganu akan membina Pasar Payang yang baru. Mungkin Pasar Payang yang baru ini lebih baik infrastrukturnya.
Kenyataan akhbar mengenai pembinaan Pasar Payang baru:
KUALA TERENGGANU - Pembinaan Pasar Kedai Payang yang baru dengan kos
RM400 juta akan disegerakan memandangkan struktur bangunan pasar sedia
ada tidak selamat diduduki, kata Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk
Adzlan Mohd Dagang.
Beliau berkata kerajaan negeri akan membina pasar sementara di Pulau Warisan untuk menempatkan peniaga yang dipindahkan dari Pasar Kedai Payang itu.
Katanya dalam pembangunan pasar baharu itu, elemen di Pasar Kedai Payang sekarang tidak akan diubah malah identiti tradisionalnya akan dikekalkan.
Pasar Kedai Payang yang baru itu kelak akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada peniaga kerana dilengkapi sistem pendingin hawa, katanya.
Adzlan berkata pasar basah akan dikekalkan di Pasar Kedai Payang selain pasar kering seperti pasar kraftangan, songket dan batik.
Beliau berkata lot tempat letak kereta juga akan ditambah apabila Pasar Kedai Payang itu siap kelak. - Bernama
1 Comment:
supreme hoodie
kyrie 5 shoes
kobe
kobe sneakers
GGDB
kobe 9
golden goose sneakers
off white clothing
yeezy
off white hoodie
Post a Comment