Mayat seorang wanita dikatakan tinggal separuh apabila dimakan oleh haiwan peliharaanya. Dikatakan wanita itu mati secara semulajadi kerana tiada tanda serangan haiwan peliharaanya. Kemungkinan haiwan peliharaanya terperangkap bersama mayat dan lapar, justeru haiwan-haiwan tersebut terpaksa makan mayat tuanya sendiri.
Kenyataan akhbar mengenai mayat yang tinggal separuh akibat dimakan haiwan peliharaan.
London: Seorang wanita Hampshire ditemui
dengan tubuhnya tinggal separuh selepas dimakan oleh kucing
peliharaannya berikutan mayatnya tidak ditemui selama dua bulan. Mayat Janet Veal ditemui di dapur kediamannya, dua bulan selepas dia
meninggal dunia bersama sebilangan besar kucing dan anjing yang hidup
dan juga yang sudah mati.
Haiwan berkenaan terperangkap dalam ruang sempit bersama mayatnya dan kemungkinan tidak diberi makan sejak beberapa bulan. Pegawai polis yang berkunjung ke kediamannya menjelaskan bahawa mayat wanita berusia 56 tahun itu sudah “digigit dan dimakan” oleh haiwan peliharaannya.
Jiran tetangga dikatakan sudah memaklumkan kepada polis mengenai
Janet selepas mereka tidak melihatnya sejak beberapa lama. Polis
mengesahkan Janet mati secara semula jadi. Rekod perubatannya
mendedahkan Janet menghidap masalah sakit dada dan walaupun bedah siasat
ternyata sukar kerana mayatnya yang sudah reput dan anggota badan yang
hilang, pakar patalogi menyimpulkan bahawa kematian Janet mungkin
akibat penyakit pulmonari kronik.
Pegawai polis Dave Ivey menemui mayat Janet dan menyatakan haiwan peliharaannya tidak dapat keluar dari tempat di mana mayat wanita itu ditemui. Koroner Keith Wiseman berkata, haiwan berkenaan mungkin terkurung di tempat mayat ditemui selama beberapa bulan. “Jelas sekali bahawa bahagian tertentu mayat Janet hilang dan mungkin digigit serta dimakan haiwan berkenaan.
“Kita dapat bayangkan bagaimana perasaan pegawai polis itu apabila bertemu dengan mayat Janet,” katanya. Selepas mengesahkan bahawa wanita itu mati secara semula jadi, Wiseman berkata, tiada tanda menunjukkan bahawa Janet diserang oleh haiwan itu ketika dia masih hidup. “Saya yakin Janet mati secara semula jadi kerana tiada bukti menunjukkan dia diserang oleh haiwan peliharaannya itu,” katanya. - Agensi
0 Comments:
Post a Comment