Friday, 23 August 2013

Kurang Tidur Punca Testis Mengecut Dan Sperma Berkurangan


Tidur Yang Mencukupi Sangat Penting Untuk Kesihatan
Kepada lelaki di luar sana, anda harus mempunyai rehat dan tidur yang cukup kerana kurangnya tidur menyebabkan anda kekurangan benih dan testis anda akan mengecut.

Artikel berkaitan Kurangnya tidur menyebabkan Testis mengecut:

Satu lagi alasan kenapa anda harus cukup tidur. Penyelidik dari Denmark mendapati bahawa kurang tidur boleh menurunkan kadar testosteron dan mengurangkan jumlah sperma. Hal itu akibat saiz testis yang menyusut, terutama pada lelaki yang kurang tidur.
 

Dalam era industri yang berkembang pesat seperti sepuluh tahun terakhir ini, jumlah sperma ikut mengalami penurunan. Penurunan tersebut diduga akibat gaya hidup yang tidak sihat seperti pola makan yang tidak baik dan kurang bergerak aktif.
 

Dalam kajian yang dilakukan pasukan dari University of Southern Denmark ini, para penyelidik melakukan kajian terhadap 1,000 lelaki yang berusia rata-rata 20 tahun. Mereka menyoal peserta tentang jadual, gangguan, dan kebiasaan tidur peserta. Para penyelidik juga melakukan pengukuran terhadap saiz zakar dan jumlah sperma. Selain itu, dianalisis pula kualiti sperma.
 

Lelaki dengan gangguan tidur seperti insomnia, hobi begadang, tidak mempunyai jadual tidur yang pasti sepanjang malam, dan sering terbangun tercatat mengalami penurunan jumlah sperma hingga 29 peratus. Mereka juga dilaporkan mempunyai sperma cacat kira-kira 1.6 peratus dan saiz testis yang lebih kecil berbanding dengan lelaki yang cukup tidur.
 

Berkaitan dengan teori gaya hidup yang tidak sihat, para penyelidik mengakui bahawa lelaki dengan kualiti tidur buruk biasanya juga bergaya hidup tidak sihat berbanding dengan mereka yang mempunyai kualiti tidur yang baik.
 

Penyelidik mengatakan, lelaki yang kurang tidur lebih mungkin untuk kelebihan berat badan, minum lebih banyak alkohol, dan merokok lebih banyak daripada mereka yang cukup tidur.
 

Kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Epidemiology ini belum dapat menentukan, apakah kurang tidur atau gaya hidup yang tidak sihat yang menyebabkan menurunnya kualiti dan jumlah sperma. Penyelidik mengatakan, perlu kajian lanjutan untuk menentukan hal tersebut.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online