Masih Jelita walaupun usia mencecah 40 tahun. |
Bagi pelakon dan penggiat seni tanah air ini, perkahwinan adalah sesuatu yang membosankan. Mungkin dirinya tidak mahu ditekan dengan persoalan perkahwinan, maka itulah jawapan yang mudah bagi beliau. Sebenarnya, soalan yang sering ditanya oleh orang ramai akan membuatkan kita memberi jawapan yang mudah. Bukan bagi Haliza sahaja, bahkan orang lain. Persoalan jodoh adalah di tangan tuhan, mungkin orang akan berkata, kita tidak berusaha ke arah itu. Tapi, jika dikatakan perkahwinan itu mengongkong kehidupan, mungkin sedikit tersasar daripada landasan agama kita. Mungkin ketetapan tuhan terhadap kita sebegitu. Usah berputus asa dalam mencari jodoh.
Kenyataan Haliza Misbun mengenai perkahwinan itu membosankan:
LAMA tidak muncul di semua saluran media, kelibat pelakon Haliza
Misbun di majlis Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia
Putra, Kuala Lumpur mencuri perhatian. Ini kerana, pelakon filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami
itu masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah
40 tahun.
Terlanjur bertemu dengannya, persoalan sama ada dia sudah memiliki
teman lelaki atau sudah berumah tangga berlegar di benak fikiran pihak
Kosmo!.Menjawab pertanyaan yang dilantunkan kepadanya, ternyata Haliza tidak berselindung.
Katanya: “Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup
bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya
tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.”
Haliza juga tidak mahu berkahwin disebabkan tekanan daripada keluarga
atau teman-teman yang tidak mahu dia terus hidup membujang.
Jelasnya, sampai masa nanti jika bertemu dengan lelaki yang sesuai, dia tetap akan berkahwin. “Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi,
sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” ungkapnya sambil ketawa.
Jodoh pertemuan itu ketentuan tuhan. Berusahalah mencarinya.
0 Comments:
Post a Comment