Baru-baru ini heboh didada-dada akhbar mentakan pelatun lagu Andaiku Bercinta Lagi ini muflis. Pada usia 22 tahun, Aweera telah disiytiharkan muflis oleh bank. Sudah tentu ada sebabnya. Justeru, Aweera mengatakan bahawa kejadian ini berlaku semasa dia masih bekerja di perlis lagi. Namun demikian, dia tidak mahu mengeluarkan kenyataan berlebihan kerana kes ini masih dalam perbincangan dengan pihak bank. Biasalah, kadang-kadang kita ditipu rakan sendiri untukkesenangan mereka. Apa pun kita perlu berhati-hati tidak kiralah suadara mara sendiri.
Kenyataan akhbar mengenai Aweera disabotaj rakan:
USIANYA baru sahaja mencecah 22 tahun, tetapi vokalis kumpulan Mojo,
Aweera berhadapan dengan pengalaman pahit apabila telah diisytiharkan
muflis.
Perkara berkenaan tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan
oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu, malah pemilik nama sebenar
Nasharul Aweera Norhissham turut mengakuinya.Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran
KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta
Lagi itu enggan mengulas lanjut.
Tegasnya, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu
diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana
pihak.
Kosmo!: Kalau tidak keberatan, boleh Aweera jelaskan dengan lebih lanjut berhubung pengisytiharan muflis tersebut?
AWEERA: Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan
lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses
untuk diselesaikan.
Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari
jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan
muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.
Apakah tujuan Aweera membuat pinjaman?
Rasanya ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia
merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika saya berusia 19 tahun dan
sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit
kebudayaan.
Adakah Aweera telah ditipu oleh mana-mana pihak sehingga tidak mampu membuat bayaran dan diisytiharkan muflis? Semasa bekerja dahulu tidak dinafikan memang ada rakan sekerja yang
mempunyai hasad dengki. Saya akui semua yang terjadi ini akibat daripada
sabotaj oleh rakan sendiri.
Adakah masalah ini telah menjejaskan karier Aweera selaku seorang penyanyi?
Apabila ramai yang sudah mendapat tahu mengenai perkara ini terdapat
sedikit tekanan yang saya rasai, terutamanya ada yang telah bertanya
mengenainya.Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, saya lebih
fokus kepada kerja. Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat dan
berharap semuanya dapat diselesaikan.
Adakah pihak KRU Studios turut campur tangan dengan masalah yang dihadapi Aweera?
Memandangkan ini merupakan masalah peribadi saya sendiri, mereka
langsung tidak masuk campur. Namun begitu, mereka telah menasihati saya
supaya mencari jalan terbaik dan tenang berhadapan dengan segala cabaran
yang dilalui ini.
Bagaimanakah pula dengan perkembangan Aweera bersama Mojo sekarang?
Ketika ini kami baru sahaja selesai merakamkan lagu runut bunyi untuk
filem Vikingdom yang berjudul Dark Clouds. Lagu hasil ciptaan Edry dan
Yusry Abdul Halim itu boleh dikatakan single terbaharu Mojo selepas
Andaiku Bercinta Lagi.
0 Comments:
Post a Comment