Penulis ingin membicarakan tentang kualiti kereta import dengan kereta tempatan. Harap pembaca dapat membuka minda dan memberi pandangan mengenai apa yang ditulis atau dikomentar. Mengapakah penulis berkata demikian? yang nyata, semalam berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan selebriti penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Beliau menggunakan kereta import iaitu Wolkswagen rasanya. Manakala mangsa yang satu lagi menggunakan kereta proton Iswara. Jika kita lihat kepada keadaan kemalangan, kereta Iswara atau proton itu remuk teruk sedangkan kereta import itu hanya sedikit sahaja kerosakan. Itupun hanya di hadapan.
Kemungkinan, impak atau tekanan kereta yang import itu sedang laju lalu kereta proton itu dihempap dengan kaut. Lalu jadilah begitu. Walau apa pun, orang akan berkata. Eh...kereta Ustaz Azhar Idrus masih lagi ok, sedangkan sebuah kereta lagi begitu teruk. Anda mungkin ada jawapan tersendiri.
0 Comments:
Post a Comment