Sunday, 18 August 2013

Bau Aroma Air Kencing Boleh Kesan Kanser

Aroma Yang Pelbagai Jenis

Penyakit kanser merupakan salah satu penyakit yang sangat merbahaya. Penyakit ini sukar dikesan. Namun terdapat sekumpulan penyelidik yang menjalankan penyelidikan berkaitan kanser prostat atau pundi kencing. Mereka dapat mengetahui penyakit kanser hanya dengan bau aroma air kencing sahaja. Nah, kecanggihan alat hari ini mampu menegtahui penyakit kanser seseorang. Jika datang ke Malaysia dan mengkaji bau air kencing orang kampung di pedalaman, sudah tentu bau aroma petai , jering dan kerdas. Sudah tentu tiada penyakit kanser.

Sebenarnya kita semua dapat mengetahui aroma air kencing kita sendiri. Jika kita minum kopi atau minum nescafe makanya baunya sudah tentu bau air yang kita minum. Justeru, usaha murni penyelidik di luar negara amatlah baik. Mudah dan murah kiranya dapat membantu awal para pesakit kanser.


Kenyataan akhbar mengenai bau air kencing dapat cegah awal penyakit kanser.
PARA penyelidik Britain berjaya menghasilkan alat untuk mengesan aroma kanser pundi kencing melalui sampel air kencing. 

Percubaan awal mendapati, ujian pengesanan yang dilakukan oleh alat tersebut mampu memberikan keputusan yang tepat. Dicipta oleh Prof. Chris Probert dari Universiti Liverpool dan rakannya, Prof. Norman Ratcliffe dari Universiti Barat England, alat tersebut dikatakan mampu mengesan kehadiran kanser tersebut.
“Alat ini boleh ‘membaca’ kandungan air kencing. 

“Kami sedang berusaha untuk menjalankan ujian kepada lebih ramai sukarelawan supaya kita boleh mengetahui sama ada alat ini boleh mengesan kehadiran sel kanser lain ataupun tidak. 

“Setakat ini, para sukarelawan terdiri daripada lelaki dan kami hanya boleh mengesan kehadiran sel kanser prostat di dalam air kencing,” ujar Ratcliffe baru-baru ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online