Wednesday, 10 July 2013

PULAU AMAN 2013

Kg Nelayan Di Pulau Aman
      Kali ini penulis ingin berkongsi megenai kunjungan penulis ke Pulau Aman buat kesekian kalinya pada tahun ini. Penulis sebenarnya teruja untuk tahun ini kerana sebelum ini Pulau Aman sentiasa memberi pengalaman yang menyeronokkan. Tahun lalu penulis dan pelajar-pelajar yang penulis bawa mengalami satu peristiwa yang tidak pernah kami alami iaitu ribut di Pulau yang sangat dasyat bagi kami.

Kelihatan Jambatan Ke dua Pulau Pinang
     Untuk tahun ini, sekali lagi penulis dan pelajar mengunjungi Pulau Aman yang semakin hari semakin maju. Mana tidaknya, jambatan ke dua Pulau Pinang nampak dekat sahaja dengan pulau. Pulau ini kaya dengan buah sukun iaitu sejenis buah-buahan yang sekumpulan dengan buah cempedak atau angka. Penulis dapat merasai kerepek buah sukun yang sangat sedap. Begitu juga dengan makanan yang terkenal di pulau ini iaitu Mee Udang Pulau Aman. Pengunjung dari tanah besar biasanya akan ke pulau ini hanya untuk menikmati keenakan mee udang pulau. Bagi penulis, keenakan mee udang itu biasa-biasa sahaja. Selain itu, ramai kaki pancing yang datang ke sini untuk menduga ikan-ikan yang bermain sekitar pulau ini. Kali ini, penulis sempat merasai tarikan anak-anak ikan kerana penulis hanya memancing di sekitar chalet sahaja. Apa pun , pengalaman ini sangat menarik.Hal ini kerana bukan selalu penulis dapat memancing ikan di laut atau sungai kerana kekangan masa sebagai pendidik.


Makanan yang ada di Pulau Aman
     Kepada semua pembaca, datanglah ke Pulau Aman untuk merasai pengalaman berada di Pulau yang tidak mempunyai kenderaan kecuali motosikal dan basikal.Bagaimana hendak datang ke Pulau Aman , pengunjung boleh datang ke Pulau Pinang dan susur keluar ke Stadium Batu Kawan. Bila jumpa Stadium Batu Kawan, anda sudah hampir dengan jeti Batu Musang yang menjadi tempat pengunjung ke Pulau Aman.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online